rda

Sunday, 6 April 2014

My Weekend Story

This is my weekend story. Perhaps this might give uolls suggestion when reach Cherating. Cherating was a place in Kuantan, Pahang. Anyone like beach can go there. Percutian yang tak berape percutian sangat la.. Ni saja bercuti gedik-gedik jer. Nak hilangkan penat kerja seminggu.
Kisah percutian ni sedih sikit at the beginning. I did booking resort actually before go there. Unfortunately bila sampai situ, ade ke patut supervisor resort tu cakap all room was full. Jadah ape la yang aku email tu buat reservation. Aduhaiii, sadis betul the way you manage the resort la kakak. But its ok la. I tak ade la marah sangat pun. Sampai Cherating tu pun dah around pukul 8 malam. Banyak sangat buat pit stop. Kalau dari bandar Kuantan to Cherating,it just take 30 minutes only. So we decided untuk cari je mana-mana hotel atau chalet yang kosong. Memang minggu ni mostly cherating full. Ramai betul orang.
Dengan teknologi canggih sekarang, aku mulakan pencarian aku. Type cherating hotel and resort, then keluar la segedabak list-list resort. Tak banyak yang menarik perhatian, cuma yang paling interested at that time, was Residence Inn. Aku tahu dalam google dah tulis no more room available, tapi saje je kitaorang gatal jugak nak pi tanya. Kot2 ade yang cancel reservation last minute. So pergi tanya kat receptionist, and so lucky la ade bilik kosong. Tu pun esklusif punye. Haaaa, exclusive room in Residence Inn Cherating was RM 350.00. Tapi malam tu ade promotion then dia boleh bagi special price RM300 je. Sempat lagi dorang promote kalau tak mau bilik exclusive, boleh ambik chalet dorang with price RM190 only. What makes us think twice nak stay situ, since not beach view lorr situ.
Then pusing lagi around beach, ternampak la Tanjung Inn. First impression memang macam scary jugakla. Ape tak nye bapak gelap wehh laluan ke bilik bilik. Memang tak la kalau jalan sorang sorang. Hari pun malam, memang tak nampak sangat la rupa luar bilik bilik tu. Tapi service dorang memang bagus. Boleh tengok-tengok dulu bilik then baru decide. So die bawak kami tengok 2 type of room la. And suprisingly bila masuk jer, memang cantik la bilik dia. Ala-ala tempat yang haris kurung izzah dalam cerita Ombak Rindu tu. Rumah kayu yang cantik. Ade aircond, ade kipas. Tandas cantik, besar, selesa. Katil besar. Ade balkoni. Buka2 nampak tasik. Memang cantik. Terus aku lupa pasal nak stay Residence Inn tu. Harga affordable sangat la uolls. Boleh bawak satu family, satu kelas pun boleh gathering kat situ. Then malas nak fikir panjang, ketiak pun dah berpeluh meleleh. Aku just check in je la situ. Then pagi2 bute aku tangkap gambar nak tunjuk kat uolls betapa tenang, aman damai kat sini. Haaa. Tak lupa ea, kat sini free breakfast hokay. Western lagi. Yelah, wife yang jaga resort ni mat salleh. Kelass kelass
My room

Thursday, 30 January 2014

Perkahwinan - Antara ketakutan dan keraguan

Assalamualaikum. Dunia terasa indah since its Chinese new year babe. Cuti lorrr. So hari yang tenang, without thinking of work moh la kita update belog. Its 2014 already. What I've been through in 2013, banyak mengajar aku erti kehidupan. Bersyukur ke hadrat Illahi masih memberi aku kehidupan dan peluang untuk terus memperbaiki kehidupan. I did read post from my friend yesterday. And its quit interesting. So aku nak share la kat belog aku ni. Siape ada masalah penyakit ragu Dan takut untuk kawin boleh la baca ni. Bukan kata orang lain, aku sendiri pun ade masalah tu. So kita sama-sama positifkan diri kita lepas ni. Apabila bercakap soal kahwin, its not a simple things la. When you start to decide then masa tu la datang pelbagai cubaan, dugaan yang kadang kala membuat hatimu berbelah bagi. Sedikit keyakinan for those yang dalam dilema.

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26) Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32) Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”. Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga. Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160) Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60) Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain. Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar. Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad). Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35). Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153) Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6) Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7) Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214) Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah? Jodoh ditangan Tuhan . Kita hanya merancang. Istikharahlah.

Sunday, 29 December 2013

WELCOME 2014

Assalamualaikum...

Lagi beberapa hari menjelang tahun baru. Dan dengan itu bertambah la lagi umurku setahun. Sebelum ni tak la terasa tua, tapi bila mengenangkan umur mencecah 25 tahun, terasa takut dengan angka itu. Apa kau nak takut pada angka Rda Syuhada Azmi??? Klise kan.. Before ni i'm used to say like that to others, but since it come back to me, rasa la takut dengan umur walaupun ia hanyalah satu angka. Orang ,lain umur 25 dah bertunang, dah mendirikan rumahtangga, dah merangcang nak berkeluarga, dan tak kurang yang dah ada anak pun. Just wait ada, perancangan Tuhan adalah yang terbaik. Actually aku merepek panjang-panjang mukadimah ni, buat haperrrr..

This entry actually i nak share my wishlist for year 2014 jer uolls.. OK, lets begin my super duper wishlist yang tak tahula akan tercapai tak, but I really hope at least part of it I pass it la.

1. I nak berjaya dalam kerjaya. I mean i nak kerja yang bagus yang dapat sara hidup aku ni. Bila financial kukuh you can do everything. I just wanna help others la. Terasa susah dah hidup yang baru-baru nak bina kerjaya ni tapi ade lagi orang lagi suah dari I. Bila tengok budak-budak kecik sanggup kerja time school holiday terasa kasihan sangat. Baru sekolah rendah dah kena kerja untuk dapat duit. Meh I cerita pengalaman I with this one boy. I rase umur die maybe dalam 12 years old. I jumpa dekat tepi supermarket. Before this ade my officemate pernah cerita kisah budak ni dekat I, and kebetulan I pergi supermarket tu I jumpa the kid. Dia duduk kat tepi banggunan and jual jambu. What make me feel so sad, jambu yang dia jual tu nipis je dia hiris. Tak macam biasa kita beli. Just buy it because niat I memang nak tolong budak tu. Really hope I jumpa lagi budak tu and Tuhan murahkan rezeki I so I can help orang-orang yang susah. I bukanlah kaya sangat, tapi I tak pernah rasa the situation in that age. Baru I sedar kalau kita rasa kita susah sebab tak dapat nak beli barang kita nak, tak dapat beli handbag, shoes, new cloth,masih ada lagi yang susah sampaikan nak beli kelengkapan sekolah pun kena kerja. Can you imagine?? Bersyukur Tuhan bagi I pengalaman macam tu sebab its really good for me and peringatan untuk I supaya tak bermegah dengan harta benda dan wang ringgit.

2. I wish to have my dream car in 2014. Dream car???? Dalam mimpi jela since nak beli kereta buatan Malaysia pun merangkak ni. Haha. I memang minat giler #HONDA CIVIC. Dont know why, tapi suka la. Eksklusif nampak. Thanks to you la MR... sebab bawak saya naik kereta idaman saya. I hope I can buy one just like you have. Saya jeles dengan awak sebenarnya, awak berjaya di usia muda. 24years old OK... How u did it man?? I hope I can be like you. Thanks for coming into my life and give me spirit to succeed.


Please be mind later... :)
So for the time being belilah kereta buatan Malaysia.Hahaha...

3. I wish I sampai ke Eropah. Ade sape2 nak belanje tak pergi Eropah??? Haha. I choose #Eropah since manyak cantik oooo itu tempat. 


Sekadar berharap akan sampai tempat ni one day.ATAU..... kalau dapat pergi umrah pun rasa sangat seronok dah actually. Nak sangat jejak kaki ke rumah Tuhan tu, YA ALLAH KAU BERIKANLAH AKU KESEMPATAN UNTUK MENJEJAKKAN KAKI KE RUMAH MU...



Rasenye ini dulu la di part 1 ni. Memandangkan hari dah lewat and esok I kerja, so I just state 3 of my wishlist in 2014. Nanti I sambung lagi mengarang impian-impian I k uolls... 

Salam sayang,

Saturday, 16 November 2013

UNDERWEIGHT?????

The facts about underweight. A person is considered underweight if his or her body mass index (BMI) falls below a certain threshold (body mass index is a measure determined by a person's age, height, and weight). For infants and children, a BMI below the 10th percentile for a specific age indicates an individual who is underweight. For adults, a BMI below 19.1 for females and 20.7 for males is considered underweight. A BMI of 17.5 indicates an individual is very underweight. Individuals who are underweight are at high risk for malnutrition . Being underweight can affect growth and development , and it can cause infertility or delayed menstruation. It can also result in fatigue , irritability, and a lack of concentration, as well as impairing the body's ability to thermoregulate itself. Due to a decreased immune response, underweight individuals are less resistant to infections and disease. It is recommended that underweight individuals gain one pound per week until an appropriate weight is reached. This can be accomplished by consistently (daily) increasing one's intake of calorically denser foods (i.e., nuts instead of pretzels), eating more frequently, and drinking fluids between meals rather than with meals. Nah tu dia facts about underweight. Faham tak? Faham tak?? Ok. Do check you BMI now dear. I dulu BMI mmg tak lepas 20 pun. Tapi itu dulu la. Baru sekarang i dapat berat badan ideal. Its not easy to maintain the weight for me, because my metabolisme too high. I eat a lot but still underweight. I even stress when people keep on asking me and tell me the same 'why so skinny???'. Owhhh. Sorry people i've no answer lorh. For the girls yang rasa badan anda macam papan,kalau ditiup angin kencang bagai melayang-layang, dont worry sayang. Its normal. Even makan banyak tapi badan tak nak naik tu, just keep on eating je. So many factor yang buat anda tak gemuk even makan macam bela saka. Haha. Below i give the step for this matter Step 1 of 5 Consult a physician to determine if your weight problem is related to malnutrition, food intolerance or food allergies. You may be underweight because your body cannot absorb nutrients properly, or you may have medical issues that prevent weight gain. Your physician will determine the best way to cure or treat any medical condition. If your physician determines that your weight isn't due to a medical condition, address your caloric intake and dietary patterns. Step 2 of 5 Create a food journal to determine your current calorie intake. Record every meal and snack consumed to find the average amount of calories and foods you're ingesting daily. Add 500 calories to your daily caloric consumption. Step 3 of 5 Weigh yourself after a week to see if you gain weight. Increase calories by 500 to 1,000 per day every week, if you do not gain weight. Step 4 of 5 Eat nutritious and energy-dense foods. Aim for foods that contain vitamins, minerals and healthy macronutrients and that are high in calories. Increase your intake of whole grain complex carbohydrates such as pasta. Add nuts and dried fruits to your diet. A healthy diet can increase your lean body weight. Obtain your protein from fish and chicken sources. Step 5 of 5 Remove processed foods like white sugar and flour from your diet. Stop drinking coffee, alcohol and soda. Reduce your intake of milk products. Eating these foods can add unwanted fat to your body as you gain weight. Ok. Meh cik rda syuhada analyze sikit the step tu ea.. For step 1 , i done for it. Since before i masuk UiTM pun i did consult with the doctor for this skinny problem. The same answer did i hear from 3 to 4 doctor yang i jumpa, " adik nanti kawin gemuk la ". Klise la jawapan tu. Nak je aku tanye doctor kawin tu macam mane boleh buat gemuk? Kalau aku tanya soalan macam tu mau doktor tu bukak kelas biologi untuk aku. Hahahaha. Actually its all about your metabolisme. U makan banyak mana pun tapi badan susah naik. So kalau ikut cara i, i makan je bila-bila masa i lapar. Tapi never skip your breakfast. I dulu selalu la skip breakfast. Tapi since someone said to me " promise u will never skip your breakfast after this". Start dari situ i never skip breakfast and alhamdulillah, its work. You feel energetic sikit bila makan pagi taw. Step 2, i'm not that type lorh. Nak makan tengok kalori makanan dulu. Owhhhh.... What was that? Ambik kalkulator kire dulu baru makan. Erghhhh... Makan je la. Nak kira kalori jadahnye... Haha. For me as long as halal, berkhasiat, bersih then siap masuk dalam perut la. Step 3. I check weight kalau terjumpa penimbang berat tu je la since kat rumah tak ade alat penimbang tu. Bukan mahal sangat benda alah tu, tapi i rasa benda tu tak penting sangat, so tak payah beli. (Cara2 jimat duit. Huhu). Normally after 2 3 weeks bru i timbang berat or others is bila ada orang tegur i nampak berisi, then i timbang la. Biasa adik i la selalu tegur,. " asal seluar ketat sangat","eh macam dah kena tambah satu size je..". For step 4 and 5, i just eat what i like. No limitation. I ade la ambik vitamin tapi tak consistent la. The best way yang i rasa senang naik berat badan is, when breakfast u makan berat like nasi lemak. Memang berlemak-lemak la. Pagi dah makan nasi lemak pastu ngantuk.haha. minum milo ok pagi2. Then lunch makan nasi juga. Lauk u balance la tapi amal la makan sayur jugak. Petang just eat junk food la tapi i petang after balik kerja, now on i memang suka makan nasi jugak or mee or yang seangkatan dengannya. Then dinner nasi juga. And the bad habit is, i used to eat nasi once again at midnight before sleep. So lepas makan pukul 12am tu plus minum milo, memang lena la tidur. Fuhhh. Hidup dengan nasi je. Memang orang melayu tak boleh tak makan nasi. Yeahhh. Saya melayu tulen yang memang tak boleh hidup tanpa nasi. Hehehhe. So, if u are underweight,dont worry. Whatever it is do consult doctor taw then baru u try other way. Tak payah segan kalau uolls kurus sangat, just need to be more confident on yourself. If rasa down sangat sebab anda kurus melidi, try think positive or say something that give u spirit like; "Orang kurus boleh pakai apa saja yang dorang suke, kau boleh ke????" Its sounds mean but that way it built your confident. "Orang kurus boleh makan apa saja, kalau tak berape kurus boleh ke makan chocolate, cheese cake, nasi berpinggan2??." REMEMBER THIS, BE YOURSELF AND CONFIDENT Sekian entry kali ini. Hope tidak menyinggung mana2 pihak cause saya hanya berkongsi untuk kaum hawa yang mempunyai masalah seperti saya. #underweight#BMI#Confident#metabolisme Lots of love, Rda Syuhada Azmi

Wednesday, 13 November 2013

Niat puasa sunat asyura 10 muharram & Kelebihan puasa sunat asyura

Salam Muharram. I would like to share a good things to uolls. Since 9 Muharram, 10muharram & 11muharram is a good date to fasting, so why not we grab this oppurtunity to add our "pahala". . a. Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasu’a) ialah: * NAWAITU SAUMA GADHIN MIN YAUMI TASU'A SUNNATAN LILLAHI TA’ALA ( sumber : shafiqolbu ) b . Niat Puasa Sunat 10 Muharram (Puasa Sunat ’Asyura) ىلاعت هلل ةنسرشع موص تيون NAWAITU SAUMA ‘ASYURA SUNNATTAN LILLAHI TA’ALA Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.” Nota : Perkataan ghadin bermaksud esok -jadi ada tak ada dalam lafaz maksudnya tetap anda berpuasa pada esok setelah berniat hari sebelumnya . NIAT PADA HARI LAIN SELAIN ASYURA, TASU'A DALAM BULAN MUHARRAM - NIATKAN -SAHAJA AKU BERPUASA SUNAT PADA ESOK HARI KERANA ALLAH TAALA. Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun. َةَنَّسلا يِتَّلا اَهَلْبَق Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa ) SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut: (1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. (2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. (3) Dicipta Adam a.s. (4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. (5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. (6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. (8) Selamat Musa dan pengikutnya. (9) Lemas Firaun. (10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. (11) Diangkat Nabi Isa kelangit. (12) Diangkat Nabi Idris ke langit. (13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. (14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. (15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. (16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta. (17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta. (18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya. (19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. KELEBIHAN PUASA ASYURA' Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim. Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sanga digalakkan juga) 1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 3. Menahan marah fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 4. Menunjukkan orang sesat fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ 9. Bercelak fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu. 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’ fadhilat – Tidak mati pada tahun ini . 13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 14. Puasa Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Antara amalan yang digalakkan pada hari `asyura (10 muharram) ialah: i) Menunaikan puasa sunat sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahunsebelumnya.(Riwayat Muslim) Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram,kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja. ii) Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri,, mandisunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa danlain-lain.Mengenai pahala yang akan diberikan di atas kebajikan yang telah dilakukan itu terpulang kepada Allah.SWT. Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya : 1. اًمْوَيُهَلْبَق ْوَأ اًمْوَي ُهَدْعَب - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya) 2. اوُموُصَموَيلاَعِساَّتلا َرِشاَعلاو اوُفِلاَخَو َدوُهَيلا -Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih ) 3. يِتَّلا اَهَلْبَق - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa ) Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya : 1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharram, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi. 2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ; Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal. 3. Fadhilat puasa Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha. 4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu). 5. Doa pada Hari Asyura : ِفْوُرْعَم ْنِم َكاَوِس،َكِتَمْحَرِب اَيَمَحْرَأ َنْيِمِحاَّرلا - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura ) Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut : 1. Kitab Al-Mughniy - Ibnu Qudamah - Juz IV / 440 - 442 2. Zaad Al-Ma'aad - Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah - Juz II /63 - 73 3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam - Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy - Hlmn. 70 - 75

Sunday, 29 September 2013

Andai ini takdirnya.

Ini bukan jalan pilihanku. Ini bukan kehendak hatiku. Ini bukan pengakhiran yang aku impikan. Ini bukan apa yang aku mahu.
Aku pernah mencuba bertahan, aku pernah mencuba pertahankan. Aku mencuba melalui aluran hidupku sebaik mungkin.
Takdir? Bukan ketentuan kita,tapi ketentuan yang Maha Esa. Nasib? Ini perjalanan yang Allah aturkan,tapi kita masih boleh mengubah nasib.
Haruskah kita terus berada di jalan itu sementara mulut orang tidak berhenti berbicara. Haruskah kita masih di situ sementara ada seorang tua mengharapkan yang lain. Haruskah terus memilih jalan berliku,sementara masih ada jalan lurus. Haruskah diberi pilihan kedua sementara kita berhak memberi peluang pertama untuk orang lain.
Hidup, hanya sementara. Hidup tak perlu dipersiakan. Hidup bukan percaturan. Hidup bukan untuk dipertaruhkan.
Aku memilih berdiam diri. Aku memilih kalah sebelum berjuang. Aku memilih menjauhkan diri. Aku memilih untuk terus begini.
Kerana apa???
Kerana masih banyak harapan orang lain belum tertunai. Kerana masih ada yang belum menemui bahagia. Kerana ada orang menunggu untuk dibahagiakan. Kerana masih ada yang lebih memerlukan kamu. Kerana aku lebih menyanyangi orang tuaku. Kerana sayangku terhadap ibumu, kerana hormatnya aku pada ibumu.
Berhentilah mencari. Berhentilah bermain emosi. Berhentilah sebelum Allah menarik kembali apa yang telah kau miliki kerana ketamakkanmu.
Kebahagiaan kamu sudah kamu miliki. Kebahagiaan aku, masih aku cari.
Aku tidak cuba melawan takdir, tapi aku cuba mengubah nasib hidup ini.
Semua akan INDAH pada waktunya. Janji ALLAH itu pasti.
Belajarlah redha. Ikhlaskan hati. Insyaallah akan datang pelangi suatu hari nanti. Amin...
Semoga kita teruskan kehidupan ini dengan saling mendoakan kebahagiaan masing-masing. Apabila kamu membaca ini, saya harap awak akan biarkan saya hidup bahagia.

Lots of love,
Rda Syuhada Azmi

Wednesday, 25 July 2012

RAMADHAN DATANG LAGI


Assalamualaikum everybody. How’s your day? Tak sangka kita dah dalam bulan Ramadhan. Terasa macam baru je sambut hari raya tahun lepas.So, no wonder la I letak tajuk entry kali ni “RAMADHAN DATANG LAGI”.  Malam first ramadhan I masih di SEGAMAT bersama my BEST FRIEND EVER “RAFIQAH IKA”. The good thing we have done on that night is, we were going to the nearest mosque at our house at Taman Bendahara to perform “solat tarawih”. Lepas je solat maghrib bersiap-siap la kami nak berjalan ke masjid.  Sementara tunggu my housemate ni solat magrib , bertungkus lumus la plak I ni cari baju lengan panjang dalam wardrobe. Time ni la terasa menyesal plak tak beli baju lengan panjang banyak-banyak. Nak pakai inner, takut berpeluh plak nanti. Finally, jumpala baju lengan panjang yangsesuai, tak ketat untuk I pakai.  Itu pun baju yang I beli time Diploma dulu. 8.10p.m kami berjalan la ke masjid . 5minit dah sampai. Memang kami berdua dasar kaki panjang betul. Jalan tak nak laju plak kan. Sesampai je depan pagar masjid, ade la pakcik-pakcik yang duk depan. Obviously, Nampak sangat kami ni orang luar. Terpinga-pinga kat depan pagar cari ruang solat untuk muslimah. Memang malu jugak la time tu. Luckily ade seorang pakcik ni dengan baik hatinya tunjuk pintu untuk muslimah. Cepat-cepat kami ke belakang. Tak sangka ramai orang malam tu. Yelah 1st night solat tarawih. One thing that makes me proud is not only old lady kat masjid tu, tapi gadis-gadis remaja pun ramai. Memang penuh ruang muslimah tu sampai terpaksa buka tirai sebab tak cukup ruang. Rasa seronok sangat dapat jemaah kat masjid. We will come again to the mosque later when we come back to SEGAMAT.
Teringat kenangan raya time kecik-kecik dulu. Awal ramadhan lagi dah sibuk nak baju raya, kasut raya. Tapi bila dah besar-besar ni, tak kisah pun pasal baju or kasut. Tak excited pun dapat baju baru. The most important thing is fasting month would be the most memorable month. You know what I like about ramadhan other than solat tarawih? The time of berbuka was so exciting, with so many kuih-muih and lauk pauk. Belum lagi campur makanan  yang jual and we bought kat bazaar. Memang menguji keimanan and nafsu la time ramadhan. Actually bila perut lapar, semua makanan nampak sedap jer. Tengok itu nak makan. Tengok ini nak makan. Wahh nafsu semata-mata tu. So get yourself ready ye my dearest friends. Sila kawal diri anda bila pergi bazar ramadhan. Takut nanti membazir plak. Hehe J dan dan la RDA SYUHADA AZMI ni nak bagi nasihat kat orang, padahal diri sendiri tak terkawal ni. Haha.. takpe kita sama-sama mengingati satu sama lain di bulan yang mulia ni. Alright??? I ade terbaca puasa ni diet yang paling baik. For  those yang memang suka berdiet tue, ambil la kesempatan di bulan yang mulia dan berkat ni untuk menjaga tubuh badan kita. For me tiada istilah diet coz I love foods. I like eat.
I think that’s it la untuk entry kali ni. bila ade cerita menarik lagi, I’ll share with all of you. Selamat berpuasa to my family, my future husband and his family and all my beloved friends. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu satu makna. Sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadah. Love you alls. J