rda

Saturday 16 November 2013

UNDERWEIGHT?????

The facts about underweight. A person is considered underweight if his or her body mass index (BMI) falls below a certain threshold (body mass index is a measure determined by a person's age, height, and weight). For infants and children, a BMI below the 10th percentile for a specific age indicates an individual who is underweight. For adults, a BMI below 19.1 for females and 20.7 for males is considered underweight. A BMI of 17.5 indicates an individual is very underweight. Individuals who are underweight are at high risk for malnutrition . Being underweight can affect growth and development , and it can cause infertility or delayed menstruation. It can also result in fatigue , irritability, and a lack of concentration, as well as impairing the body's ability to thermoregulate itself. Due to a decreased immune response, underweight individuals are less resistant to infections and disease. It is recommended that underweight individuals gain one pound per week until an appropriate weight is reached. This can be accomplished by consistently (daily) increasing one's intake of calorically denser foods (i.e., nuts instead of pretzels), eating more frequently, and drinking fluids between meals rather than with meals. Nah tu dia facts about underweight. Faham tak? Faham tak?? Ok. Do check you BMI now dear. I dulu BMI mmg tak lepas 20 pun. Tapi itu dulu la. Baru sekarang i dapat berat badan ideal. Its not easy to maintain the weight for me, because my metabolisme too high. I eat a lot but still underweight. I even stress when people keep on asking me and tell me the same 'why so skinny???'. Owhhh. Sorry people i've no answer lorh. For the girls yang rasa badan anda macam papan,kalau ditiup angin kencang bagai melayang-layang, dont worry sayang. Its normal. Even makan banyak tapi badan tak nak naik tu, just keep on eating je. So many factor yang buat anda tak gemuk even makan macam bela saka. Haha. Below i give the step for this matter Step 1 of 5 Consult a physician to determine if your weight problem is related to malnutrition, food intolerance or food allergies. You may be underweight because your body cannot absorb nutrients properly, or you may have medical issues that prevent weight gain. Your physician will determine the best way to cure or treat any medical condition. If your physician determines that your weight isn't due to a medical condition, address your caloric intake and dietary patterns. Step 2 of 5 Create a food journal to determine your current calorie intake. Record every meal and snack consumed to find the average amount of calories and foods you're ingesting daily. Add 500 calories to your daily caloric consumption. Step 3 of 5 Weigh yourself after a week to see if you gain weight. Increase calories by 500 to 1,000 per day every week, if you do not gain weight. Step 4 of 5 Eat nutritious and energy-dense foods. Aim for foods that contain vitamins, minerals and healthy macronutrients and that are high in calories. Increase your intake of whole grain complex carbohydrates such as pasta. Add nuts and dried fruits to your diet. A healthy diet can increase your lean body weight. Obtain your protein from fish and chicken sources. Step 5 of 5 Remove processed foods like white sugar and flour from your diet. Stop drinking coffee, alcohol and soda. Reduce your intake of milk products. Eating these foods can add unwanted fat to your body as you gain weight. Ok. Meh cik rda syuhada analyze sikit the step tu ea.. For step 1 , i done for it. Since before i masuk UiTM pun i did consult with the doctor for this skinny problem. The same answer did i hear from 3 to 4 doctor yang i jumpa, " adik nanti kawin gemuk la ". Klise la jawapan tu. Nak je aku tanye doctor kawin tu macam mane boleh buat gemuk? Kalau aku tanya soalan macam tu mau doktor tu bukak kelas biologi untuk aku. Hahahaha. Actually its all about your metabolisme. U makan banyak mana pun tapi badan susah naik. So kalau ikut cara i, i makan je bila-bila masa i lapar. Tapi never skip your breakfast. I dulu selalu la skip breakfast. Tapi since someone said to me " promise u will never skip your breakfast after this". Start dari situ i never skip breakfast and alhamdulillah, its work. You feel energetic sikit bila makan pagi taw. Step 2, i'm not that type lorh. Nak makan tengok kalori makanan dulu. Owhhhh.... What was that? Ambik kalkulator kire dulu baru makan. Erghhhh... Makan je la. Nak kira kalori jadahnye... Haha. For me as long as halal, berkhasiat, bersih then siap masuk dalam perut la. Step 3. I check weight kalau terjumpa penimbang berat tu je la since kat rumah tak ade alat penimbang tu. Bukan mahal sangat benda alah tu, tapi i rasa benda tu tak penting sangat, so tak payah beli. (Cara2 jimat duit. Huhu). Normally after 2 3 weeks bru i timbang berat or others is bila ada orang tegur i nampak berisi, then i timbang la. Biasa adik i la selalu tegur,. " asal seluar ketat sangat","eh macam dah kena tambah satu size je..". For step 4 and 5, i just eat what i like. No limitation. I ade la ambik vitamin tapi tak consistent la. The best way yang i rasa senang naik berat badan is, when breakfast u makan berat like nasi lemak. Memang berlemak-lemak la. Pagi dah makan nasi lemak pastu ngantuk.haha. minum milo ok pagi2. Then lunch makan nasi juga. Lauk u balance la tapi amal la makan sayur jugak. Petang just eat junk food la tapi i petang after balik kerja, now on i memang suka makan nasi jugak or mee or yang seangkatan dengannya. Then dinner nasi juga. And the bad habit is, i used to eat nasi once again at midnight before sleep. So lepas makan pukul 12am tu plus minum milo, memang lena la tidur. Fuhhh. Hidup dengan nasi je. Memang orang melayu tak boleh tak makan nasi. Yeahhh. Saya melayu tulen yang memang tak boleh hidup tanpa nasi. Hehehhe. So, if u are underweight,dont worry. Whatever it is do consult doctor taw then baru u try other way. Tak payah segan kalau uolls kurus sangat, just need to be more confident on yourself. If rasa down sangat sebab anda kurus melidi, try think positive or say something that give u spirit like; "Orang kurus boleh pakai apa saja yang dorang suke, kau boleh ke????" Its sounds mean but that way it built your confident. "Orang kurus boleh makan apa saja, kalau tak berape kurus boleh ke makan chocolate, cheese cake, nasi berpinggan2??." REMEMBER THIS, BE YOURSELF AND CONFIDENT Sekian entry kali ini. Hope tidak menyinggung mana2 pihak cause saya hanya berkongsi untuk kaum hawa yang mempunyai masalah seperti saya. #underweight#BMI#Confident#metabolisme Lots of love, Rda Syuhada Azmi

Wednesday 13 November 2013

Niat puasa sunat asyura 10 muharram & Kelebihan puasa sunat asyura

Salam Muharram. I would like to share a good things to uolls. Since 9 Muharram, 10muharram & 11muharram is a good date to fasting, so why not we grab this oppurtunity to add our "pahala". . a. Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasu’a) ialah: * NAWAITU SAUMA GADHIN MIN YAUMI TASU'A SUNNATAN LILLAHI TA’ALA ( sumber : shafiqolbu ) b . Niat Puasa Sunat 10 Muharram (Puasa Sunat ’Asyura) ىلاعت هلل ةنسرشع موص تيون NAWAITU SAUMA ‘ASYURA SUNNATTAN LILLAHI TA’ALA Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.” Nota : Perkataan ghadin bermaksud esok -jadi ada tak ada dalam lafaz maksudnya tetap anda berpuasa pada esok setelah berniat hari sebelumnya . NIAT PADA HARI LAIN SELAIN ASYURA, TASU'A DALAM BULAN MUHARRAM - NIATKAN -SAHAJA AKU BERPUASA SUNAT PADA ESOK HARI KERANA ALLAH TAALA. Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun. َةَنَّسلا يِتَّلا اَهَلْبَق Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa ) SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut: (1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. (2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. (3) Dicipta Adam a.s. (4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. (5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. (6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. (8) Selamat Musa dan pengikutnya. (9) Lemas Firaun. (10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. (11) Diangkat Nabi Isa kelangit. (12) Diangkat Nabi Idris ke langit. (13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. (14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. (15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. (16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta. (17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta. (18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya. (19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. KELEBIHAN PUASA ASYURA' Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim. Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sanga digalakkan juga) 1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 3. Menahan marah fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 4. Menunjukkan orang sesat fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ 9. Bercelak fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu. 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’ fadhilat – Tidak mati pada tahun ini . 13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 14. Puasa Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Antara amalan yang digalakkan pada hari `asyura (10 muharram) ialah: i) Menunaikan puasa sunat sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahunsebelumnya.(Riwayat Muslim) Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram,kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja. ii) Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri,, mandisunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa danlain-lain.Mengenai pahala yang akan diberikan di atas kebajikan yang telah dilakukan itu terpulang kepada Allah.SWT. Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya : 1. اًمْوَيُهَلْبَق ْوَأ اًمْوَي ُهَدْعَب - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya) 2. اوُموُصَموَيلاَعِساَّتلا َرِشاَعلاو اوُفِلاَخَو َدوُهَيلا -Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih ) 3. يِتَّلا اَهَلْبَق - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa ) Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya : 1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharram, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi. 2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ; Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal. 3. Fadhilat puasa Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha. 4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu). 5. Doa pada Hari Asyura : ِفْوُرْعَم ْنِم َكاَوِس،َكِتَمْحَرِب اَيَمَحْرَأ َنْيِمِحاَّرلا - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura ) Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut : 1. Kitab Al-Mughniy - Ibnu Qudamah - Juz IV / 440 - 442 2. Zaad Al-Ma'aad - Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah - Juz II /63 - 73 3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam - Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy - Hlmn. 70 - 75