rda

Tuesday 28 October 2014

Kisah Seorang Wanita

Kalau ada yang bertanya siapa jejaka pilihan, sudah pasti sehingga kini masih berselindung. Jika dulu zaman muda mudi bercinta semuanya mahu dihebohkan. Segala gambar di "post" ke laman sosial. Segala kisah cinta dicanang seperti sebuah kisah percintaan selebriti. Apa sahaja luahan hati diluahkan untuk pengetahuan ramai. Sehinggakan semakin lama semakin meluat orang yang membacanya. Kisah percintaan zaman muda mudi. Hmmm. Seperti mahu mengeluh seketika. Sejenak terfikir, aku juga begitu suatu ketika dulu. Aku juga dikalangan orang yang "annoying". Macam kau sorang aje ade boyfriend. Kannn. Kalau uolls pun macam tu, kita boleh geng la. Hehe.

Itu semua kenangan indah untuk dikenang sebenarnya. Percintaan zaman sekolah yang membawa ke zaman universiti dan akhirnya putus di tengah jalan. Sekarang baru tersedar, hikmahnya sangat besar. Tuhan akan gantikan dengan yang lebih elok, yang mampu memimpin kita ke syurga. Dari kisah percintaan itu, saya banyak belajar tentang kehidupan, impian, cita-cita, harapan. Melihat remaja yang baru bercinta, saya cukup memahami perasaan mereka. Tapi adik-adik, ingatlah kejarlah impianmu dahulu. Tak rugi pun sama-sama mengejar cita-cita dahulu. Percayalah kamu tak kan menyesal.

Saya pernah bercinta selama 7 tahun. Satu jangka masa yang lama. Fuhhhh. Gilerrr haperr buang masa 7 tahun. Kalau nak cerita suka duka, kisah cinta aku ni, sebulan pun tak habis. Boleh buat novel dah. Tapi tu semua kenangan yang masih aku simpan. Sehingga sekarang pun masih ade yang bertanya. Alang-alang tulis entry ni, saya dengan ini ingin menegaskan SAYA BUKAN LAGI TEMAN WANITA LELAKI TERSEBUT. Hahhh. Jangan sesekali kaitkan lagi. Kecik hati pasangan die nanti. Its a normal process actually. You know world, you know the challenge you have to face in this world. Saya nak nasihatkan adik-adik, bercinta tu tak salah. Tapi biarlah lelaki itu seseorang yang menyimpan niat untuk memperisterikan awak. Dari niat tu kita tahu dia membawa kita ke arah kebaikan atau sebaliknya. If not, you better angkat kaki lorrr. Saya bercakap dari kisah hidup saya. Kisah hidup kita mungkin berbeza. Tapi mungkin matlamat kita sama.

Menginjak usia 25 tahun, apa lagi yang masih belum kau capai??? Masih banyak sebenarnya. Saya masih ada impian yang ingin saya capai. Penghijrahan diri sendiri itu paling utama. Nak cari yang soleh, kena solehah dulu. Im always trying to be good person. Kerjaya. Yups. Masih baru mahu membina kerjaya. Family. Masih banyak budi yang belum terbalas untuk kedua orang tuaku. Calon suami??? Insyaallah bila sampai masanya. Tuhan masih memberi saya masa sebenarnya. Ini entry pembuka bicara sahaja. Next entry saya akan kongsi macam mana saya tergerak hati menerima seorang lelaki yang saya rasa dialah syurga saya nanti. Ok lah uolls. Penat menaip da. Just enjoy your life.

Jeruk Mangga Asam Boi

Fenomena jeruk mangga asam boi. Wahhh... memang meleleh air liur la habaq hang. Aku yang dengar ni pun duk terbayang-bayang dalam kepala hotak ni sejenis apakah makanan yang boleh buat aku mengidam sangat nak makan ni. Ok. Google la sat resipi jeruk mangga yang tiba-tiba jadi trending sekarang ni. Gilerrr senang babe. Naluri nak makan sangat ni membuatkan aku nekad la nak buat sendiri since senang. Sedap ke tak tu belakang kira.
Ok. Dan dan la time ni jugak pi cari bahan-bahan. Nasib senang nak cari. Jadi tuan puan adik kakak, saya bagi resipi ea, this is the recipe that I used today,

Bahan-bahan:
Mangga muda
Asam boi
Gula (saya agak-agak jer)
Garam (saya agak-agak jer)
Cili padi dipotong

Cara-cara:
Kupas dan belah mangga. Cuci dan toskan hingga air agak kering. Gaul buah mangga dengan semua bahan. Simpan dalam peti ais dalam 4-5 jam. Siap untuk dimakan.

Tapi saya tak dan eh nak tunggu 4-5 jam tu. 10 minit terus makan. Haha. Nampak ayu sangat bila seorang Rda Syuhada Azmi menjadi begitu gelojoh. Tapi resipi tu kalau nak pedas letakla cili padi tu banyak sikit. Saya buat pun ikut selera tekak je. Boleh tambah ikut suka. Kalau beli tak boleh ikut suka nak lebih ke nak kurang. So, silalah mencuba resipi yang senang dan boleh makan setabung pun kalau nak. Hehe.

Meh nak tunjuk pic jeruk mangga asam boi kite yang tak dan nak peram 4-5 jam ni. Tapi uolls simpan la dalam peti ais lama sikit. Lagi sedap. Bahan tadi sebati sikit. Ok. Selamat mencuba. Nanti kite share resipi lain ea. Tunggu kita rajin k.