rda

Monday 23 February 2015

SAKIT!!! UTI-Urinary Tract Infection

UTI atau Urinary Tract Infection, kalau dalam bahasa tak saintifik kita panggil kencing kotor. Serius memang sangattttt, teramatttttlah sakit oiiii. Aku pernah kena and tahap keluar airmata tu antara yang maksimum sebab kau duduk tak kena, kau berdiri tak kena, serba tak kena la. Aku suka google penyakit ni sebab kalau boleh nak elak dari terkena lagi, tapi aduhaiii seribu kali sayang sekarang kena lagi lorrr.. jom baca info dari tulisan adanaberkat.blogspot ni k.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang

Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.

- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. 

-Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri

- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.

- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.

- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
 
- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).

- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Pencegahan

- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

- Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.

- Kurangkan minuman manis dan berkafein.

Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak /Sumber

Kebiasaannya aku kalau kena aku pi beli ubat kat farmasi tu. URAL. Paket hijau. Bancuh dengan air then minum je la. Nanti tak lama inshaallah hilangla sakit tu. Then amalkan makan vitamin untuk kesihatan dalaman k. Doa sangat la tak sakit macam ni lagi. Sengsara jiwa raga nokkk.

No comments:

Post a Comment