rda

Monday 23 February 2015

SAKIT!!! UTI-Urinary Tract Infection

UTI atau Urinary Tract Infection, kalau dalam bahasa tak saintifik kita panggil kencing kotor. Serius memang sangattttt, teramatttttlah sakit oiiii. Aku pernah kena and tahap keluar airmata tu antara yang maksimum sebab kau duduk tak kena, kau berdiri tak kena, serba tak kena la. Aku suka google penyakit ni sebab kalau boleh nak elak dari terkena lagi, tapi aduhaiii seribu kali sayang sekarang kena lagi lorrr.. jom baca info dari tulisan adanaberkat.blogspot ni k.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang

Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.

- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. 

-Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri

- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.

- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.

- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
 
- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).

- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Pencegahan

- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

- Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.

- Kurangkan minuman manis dan berkafein.

Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak /Sumber

Kebiasaannya aku kalau kena aku pi beli ubat kat farmasi tu. URAL. Paket hijau. Bancuh dengan air then minum je la. Nanti tak lama inshaallah hilangla sakit tu. Then amalkan makan vitamin untuk kesihatan dalaman k. Doa sangat la tak sakit macam ni lagi. Sengsara jiwa raga nokkk.

Monday 16 February 2015

Apa Aku Mahu

Kalau kamu tanya apa saya mahu, saya mahu kamu ada saat susah senangnye saya, saya jatuh bangunnya saya, saat sihat sakitnya saya, saat saya perlu dibimbing takkala mula tersasar ketepi, saat saya mula rasa kesunyian tanpa ada yang menemani, saat saya hilang kekuatan berdiri di kaki sendiri, saat saya perlu bahu untuk bersandar, telinga untuk mendengar dan semangat untuk terus kehadapan. Saya hanya perlu kamu ada disisi saya dan melangkah bersama membina kehidupan kita.

Sunday 4 January 2015

Bicara Jodoh Part1.

I cant sleep tonight. Arghhhh. Kenapa ni duhai mata??? Banyak sangat benda fikir kot dalam kepala otak ni. Sejak dua menjak kes aku menghupload pic in my fb, insta, moment n change my whatsapp profile banyak pulak feedback. Not really ready to answer so many question since i know whats on your mind.

Soal jodoh tak boleh nak cakap. Kadang-kadang kita berkawan dengan orang lain, rapat dengan orang lain, bercinta pun dengan orang lain, at the end... Nah kau kawin dengan.. omg.. someone you didnt expect to be part of your life, share a life together with you, be your imam. Mungkin hari ini kita seronok dengan pasangan kita. Tapi kebarangkalian dia bukan tulang rusuk kita tu ada till kadi say "sah", then he's the one for you. Kita sememangnya dilahirkan dan dah disematkan dalam diri yang jodoh di tangan tuhan. Telah tertulis nama di luh mahfuz siapa temanmu dan tulang rusuk tak kan mungkin tertukar dengan pemiliknya. Siapalah kita yang nak menolak takdir tuhan. Siapalah kita yang berhak mempertikaikan perjalanan hidup yang dah diatur olehNYA. Ade sebab dan hikmahNya.

Ada benda kita rasa perlu dan tak perlu untuk diheboh2kan. For this time being aku mengambil keputusan untuk tidak terlalu mengheboh2kan sesuatu yang belum ada apa2. The plan is there, it just need a time to reveal it. Im not gonna be too hypocrite and tak juga nak deny.  So tak mengiyakan and tak juga menidakkan till the time comes. So for the questions like ;
1. Bukan ke ari tu orang lain??? Bukan ke bf ko?? Bukan ea??.... Atau mungkin soalan macam ni
2. Sejak bila pulak bercinta??? Atau mungkin...
3. Tiba-tiba je.. xde angin xde ribut... Tup tup.  Hmmm... Atau boleh jadi
4. Kenapa dia?? Kenapa bukan orang lain?? Atau...
5. Macam mana boleh berdua ek??
And bla bla bla... Since kalau aku pun aku tanya kot. Macam mak jemah kauuu rda menyibokkkkk rumah tangga orang. Bhahahaha.

No answer for all that kind of question. Panjang sangat untuk jawapan soalan2 macam tu sehinggakan aku boleh buat novel kot. Haha... That one impian okeyhh. Jadi penulis novel dengan harapan nanti novel kau diadaptasi jadi cerita kat slot akasia tv3. Hahahaha. Thats funny plus kau punya impian melangit sangat rda. Jadinya sekarang just go with the flow and pray for good ending. Harap-harap everything comes up with happiness for both of us. Maybe i will tell the truth and how we got to be "us" later.

Memandangkan aku suke buat karangan eventhough lantakla ade orang nak baca atau tak ( yang penting aku happy ), nanti kite upload picture2 cantik just like pre wedd hokay. So tidur dulu malam ni since its already 2.30am. Semoga Tuhan merahmati kita semua. Amin...

Friday 2 January 2015

Mee Calong Pantai Timur

Sejak dua tiga menjak ni asyik nak makan mee calong je. U know what mee calong??? Totally different dengan mee sup or else. Biasa jumpa this type of food kat pantai timur je. Rasenye the origin came from kuala terengganu. Kot. ( tak sure okehh, tapi rasenye ye kot). Just like me, sekali cuba memang rasa nak makan lagi. Untuk orang yang suka makan ikan atau boleh dikategorikan sejenis manusia terlampau suka makan keropok lekor memang kau akan addicted makan mee calong ni.
Saje je tulis panjang lebar bagi panjang sikit entry aku. Back to the main, aku nak kongsi resepi sebenarnya. Memang mudah sangat. Belajar sekali je then uolls boleh buat punya.

Bahan-bahan:
Bihun@mee kuning dicelur

Untuk kuah:
2 ulas bawang putih diketuk
5 sudu besar Bawang merah yang dikisar
2 sudu serbuk lada hitam (ikut kepedasan)
Isi ayam
Sekeping Tauhu
Tauge
Air
Garam dan gula secukup rasa
*saya tambah 1 kiub ayam

Cara:
1.Tumis bawang putih hingga garing.
2.Kemudian masukkan bawang kisar. Biarkan naik bau.
3.Masukkan lada hitam.
*Mak saya cakap tak garing sangat pun takpe.
4.Tambahkan air dalam 3 cawan ++ dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
5. Masukkan bebola ikan.
*Nak tahu bebola ikan masak tak, kalau timbul tu maksudnya masak la tu.
6.Masukkan tauhu.
7.Perasakan dengan sedikit garam dan gula.

Untuk bebola ikan:
Kisar isi ikan hingga hancur macam orang buat keropok tu. Gaul dengan garam sikit. Saya tambah sikittttt jerrr tepung ubi. Tak nak bagi melekat sangat. Then bulat2 kan. Sebaik-baiknya guna ikan selayang sebab kalau guna ikan tamban banyak tulang pulak. Tercekik pulokkk nanti.

Untuk cili kicap:
Kisar 2 ulas bawang putih bersama 10 tangkai cili padi (ikut hangpa kalau nak buh lebih pun), air masak sedikit dan kicap secukupnya. Kisar sampai lumat.
*Saya memang suka letak air sikit sebab tak suka semata-mata kicap.

Siapppppp.... Dah boleh makan. Blurpppppp.
Nah belanje gambar sekeping.