rda

Sunday 29 September 2013

Andai ini takdirnya.

Ini bukan jalan pilihanku. Ini bukan kehendak hatiku. Ini bukan pengakhiran yang aku impikan. Ini bukan apa yang aku mahu.
Aku pernah mencuba bertahan, aku pernah mencuba pertahankan. Aku mencuba melalui aluran hidupku sebaik mungkin.
Takdir? Bukan ketentuan kita,tapi ketentuan yang Maha Esa. Nasib? Ini perjalanan yang Allah aturkan,tapi kita masih boleh mengubah nasib.
Haruskah kita terus berada di jalan itu sementara mulut orang tidak berhenti berbicara. Haruskah kita masih di situ sementara ada seorang tua mengharapkan yang lain. Haruskah terus memilih jalan berliku,sementara masih ada jalan lurus. Haruskah diberi pilihan kedua sementara kita berhak memberi peluang pertama untuk orang lain.
Hidup, hanya sementara. Hidup tak perlu dipersiakan. Hidup bukan percaturan. Hidup bukan untuk dipertaruhkan.
Aku memilih berdiam diri. Aku memilih kalah sebelum berjuang. Aku memilih menjauhkan diri. Aku memilih untuk terus begini.
Kerana apa???
Kerana masih banyak harapan orang lain belum tertunai. Kerana masih ada yang belum menemui bahagia. Kerana ada orang menunggu untuk dibahagiakan. Kerana masih ada yang lebih memerlukan kamu. Kerana aku lebih menyanyangi orang tuaku. Kerana sayangku terhadap ibumu, kerana hormatnya aku pada ibumu.
Berhentilah mencari. Berhentilah bermain emosi. Berhentilah sebelum Allah menarik kembali apa yang telah kau miliki kerana ketamakkanmu.
Kebahagiaan kamu sudah kamu miliki. Kebahagiaan aku, masih aku cari.
Aku tidak cuba melawan takdir, tapi aku cuba mengubah nasib hidup ini.
Semua akan INDAH pada waktunya. Janji ALLAH itu pasti.
Belajarlah redha. Ikhlaskan hati. Insyaallah akan datang pelangi suatu hari nanti. Amin...
Semoga kita teruskan kehidupan ini dengan saling mendoakan kebahagiaan masing-masing. Apabila kamu membaca ini, saya harap awak akan biarkan saya hidup bahagia.

Lots of love,
Rda Syuhada Azmi

No comments:

Post a Comment