rda

Tuesday 28 October 2014

Kisah Seorang Wanita

Kalau ada yang bertanya siapa jejaka pilihan, sudah pasti sehingga kini masih berselindung. Jika dulu zaman muda mudi bercinta semuanya mahu dihebohkan. Segala gambar di "post" ke laman sosial. Segala kisah cinta dicanang seperti sebuah kisah percintaan selebriti. Apa sahaja luahan hati diluahkan untuk pengetahuan ramai. Sehinggakan semakin lama semakin meluat orang yang membacanya. Kisah percintaan zaman muda mudi. Hmmm. Seperti mahu mengeluh seketika. Sejenak terfikir, aku juga begitu suatu ketika dulu. Aku juga dikalangan orang yang "annoying". Macam kau sorang aje ade boyfriend. Kannn. Kalau uolls pun macam tu, kita boleh geng la. Hehe.

Itu semua kenangan indah untuk dikenang sebenarnya. Percintaan zaman sekolah yang membawa ke zaman universiti dan akhirnya putus di tengah jalan. Sekarang baru tersedar, hikmahnya sangat besar. Tuhan akan gantikan dengan yang lebih elok, yang mampu memimpin kita ke syurga. Dari kisah percintaan itu, saya banyak belajar tentang kehidupan, impian, cita-cita, harapan. Melihat remaja yang baru bercinta, saya cukup memahami perasaan mereka. Tapi adik-adik, ingatlah kejarlah impianmu dahulu. Tak rugi pun sama-sama mengejar cita-cita dahulu. Percayalah kamu tak kan menyesal.

Saya pernah bercinta selama 7 tahun. Satu jangka masa yang lama. Fuhhhh. Gilerrr haperr buang masa 7 tahun. Kalau nak cerita suka duka, kisah cinta aku ni, sebulan pun tak habis. Boleh buat novel dah. Tapi tu semua kenangan yang masih aku simpan. Sehingga sekarang pun masih ade yang bertanya. Alang-alang tulis entry ni, saya dengan ini ingin menegaskan SAYA BUKAN LAGI TEMAN WANITA LELAKI TERSEBUT. Hahhh. Jangan sesekali kaitkan lagi. Kecik hati pasangan die nanti. Its a normal process actually. You know world, you know the challenge you have to face in this world. Saya nak nasihatkan adik-adik, bercinta tu tak salah. Tapi biarlah lelaki itu seseorang yang menyimpan niat untuk memperisterikan awak. Dari niat tu kita tahu dia membawa kita ke arah kebaikan atau sebaliknya. If not, you better angkat kaki lorrr. Saya bercakap dari kisah hidup saya. Kisah hidup kita mungkin berbeza. Tapi mungkin matlamat kita sama.

Menginjak usia 25 tahun, apa lagi yang masih belum kau capai??? Masih banyak sebenarnya. Saya masih ada impian yang ingin saya capai. Penghijrahan diri sendiri itu paling utama. Nak cari yang soleh, kena solehah dulu. Im always trying to be good person. Kerjaya. Yups. Masih baru mahu membina kerjaya. Family. Masih banyak budi yang belum terbalas untuk kedua orang tuaku. Calon suami??? Insyaallah bila sampai masanya. Tuhan masih memberi saya masa sebenarnya. Ini entry pembuka bicara sahaja. Next entry saya akan kongsi macam mana saya tergerak hati menerima seorang lelaki yang saya rasa dialah syurga saya nanti. Ok lah uolls. Penat menaip da. Just enjoy your life.

Jeruk Mangga Asam Boi

Fenomena jeruk mangga asam boi. Wahhh... memang meleleh air liur la habaq hang. Aku yang dengar ni pun duk terbayang-bayang dalam kepala hotak ni sejenis apakah makanan yang boleh buat aku mengidam sangat nak makan ni. Ok. Google la sat resipi jeruk mangga yang tiba-tiba jadi trending sekarang ni. Gilerrr senang babe. Naluri nak makan sangat ni membuatkan aku nekad la nak buat sendiri since senang. Sedap ke tak tu belakang kira.
Ok. Dan dan la time ni jugak pi cari bahan-bahan. Nasib senang nak cari. Jadi tuan puan adik kakak, saya bagi resipi ea, this is the recipe that I used today,

Bahan-bahan:
Mangga muda
Asam boi
Gula (saya agak-agak jer)
Garam (saya agak-agak jer)
Cili padi dipotong

Cara-cara:
Kupas dan belah mangga. Cuci dan toskan hingga air agak kering. Gaul buah mangga dengan semua bahan. Simpan dalam peti ais dalam 4-5 jam. Siap untuk dimakan.

Tapi saya tak dan eh nak tunggu 4-5 jam tu. 10 minit terus makan. Haha. Nampak ayu sangat bila seorang Rda Syuhada Azmi menjadi begitu gelojoh. Tapi resipi tu kalau nak pedas letakla cili padi tu banyak sikit. Saya buat pun ikut selera tekak je. Boleh tambah ikut suka. Kalau beli tak boleh ikut suka nak lebih ke nak kurang. So, silalah mencuba resipi yang senang dan boleh makan setabung pun kalau nak. Hehe.

Meh nak tunjuk pic jeruk mangga asam boi kite yang tak dan nak peram 4-5 jam ni. Tapi uolls simpan la dalam peti ais lama sikit. Lagi sedap. Bahan tadi sebati sikit. Ok. Selamat mencuba. Nanti kite share resipi lain ea. Tunggu kita rajin k.

Sunday 29 June 2014

My secret is yours

Title tak nak kalah cam retis plak kan. Bhahaha. Meh nak share sikit. Nak cantik tak payah beriye sangat habiskan duit banyak-banyak. Beli produk mahal-mahal. Ciptaan tuhan dah cukup elok, cukup cantik. Lumrah wanita mengenakan make up untuk tampak lebih yakin dengan diri sendiri.  But remember, never use chemical on your face since kesan jangka panjang sangat buruk. So i would like to share what Rda Syuhada consume and what product i've been using. 

Untuk dalaman saya amalkan supplement but it depends pada hormon dalam badan jugak. It work kalau kena dengan darah. Saya ambil supplement since alergic and pimple problem. Supplement tak akan bagi kesan yang drastik, you have to consume at least 3 month and above untuk nampak hasil. Mane ade orang makan ubat sehari dah nampak hasil. Its miracle. Lainla kalau awak-awak ade tongkat sakti. Miss "J" still ade bila bulan mengambang and bila saya makan seafood. Relaxla. Peduli haperr kalau ade jerawat kat muka pun. Thats normal. Saya dah biasa dah orang tegur kalau muka berjerawat. Dah jerawat nak tumpang duduk kat muka, biar je la. Nanti dia bosan die hilang la. Almost 4 month dah consume RS collagen by Rita Rudaini and it works. Produk tu memang best. If kawan-kawan tanya pun, saya akan suruh dorang pakai produk tu. Nak cantik kena sabar sikit.

1 tips saya nak share, nak nampak cantik JANGAN TEPEK BEDAK kat muka tu. Kalau geletis sangat nak pakai, tepek je la nipis-nipis. Kenapa saya tak suka pakai bedak??? Ade sebab. Kalau dulu bukan main pakai bedak nak nampak putih, nak tutup cela, nak pudarkan parut jerawat. Macam-macam la. Tapi bila dah remaja menginjak ke wanita ni, saya mula sedar compact powder tu buat muka macam tepung gomok. Hahaha. Taw tak jenis kuih tu? Orang pantai timur mungkin tahu. Korang google la kalau tak tahu. Sapu foundation je kat muka tu,then nanti 3 4 jam muka korang nampak glowing la. Lagi-lagi kalau dah berpeluh. Memang nampak cantik. Serius tak tipu. Compared kalau pakai bedak, bagi saya pakai foundation lagi nampak cantik muka tu. Tak fake sangat. Saya memang pakai foundation and saya guna brand simplysiti. Why i choose simplysiti, because since foundation die memang terbaik. Nampak shinning je kulit. Takdela sememeh sangat.

Kening tu... Tak payah nak trim, cukur bagi nipis ke ape. Berdosa wehhh. Kalau rasa dosa dah cukup banyak, tak payah tambah lagi. Tips saya cukup sekadar ade berus kening and eyebrow. What to do is betulkan dulu kening tu pakai berus biar rata sikit, tak serabai sangat then lukis sikit biar nampak shape ala2 ziana zain punye kening tu. Thats it. Simple, kemas. Yang penting tak tambah dosa.

Bulu mata... Perlu ke pakai palsu punya gaya che ta tu??? Erghhhh. Tak perlu. Sekali sekale boleh. Nak pi dinner or ko pakai time wedding korang ok la. Lentikkan pakai maskara sudah. Saya memang penakut dengan pengepit bulu mata tu. Tak penah lagi try guna benda alah tu. Takut terkepit mata sekali. Huhu

Saya suka pakai lipgloss saja. Lipstic2 ni belum teringin nak pakai. Just wear what you comfort. I just using a cheapest brand lorrr. As long as no irritation on my skin then i'll continues using it. 

Perfume... I just love fresh or sweet. Saya kerap juga tukar perfume but kalau suka, mesti akan pakai lama sikit baru tukar ke brand lain.  Dulu pakai simplysiti saja lorr. Elegant. Memang bau wangi and affordable. Rm69.90 sahaja. Ade yang tegur2 bau wangi. No doubt simplysiti elegant memang wangi.  Now dah kerja, ade duit sikit baru tukar tu lancome miracle. Rm250 only. Mahal sikit tapi tahan lama la. So boleh pakai 2 bulan. Jimat la.

So, thats what i've been used. See... Saya tak pakai barang-barang mahal pun untuk nampak comelll. Hehe. Selamat mencuba those yang tanya what i'm used.

Anyway selamat berpuasa. Semoga ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan.

Lots of love
Rda Syuhada Azmi

Sunday 6 April 2014

My Weekend Story

This is my weekend story. Perhaps this might give uolls suggestion when reach Cherating. Cherating was a place in Kuantan, Pahang. Anyone like beach can go there. Percutian yang tak berape percutian sangat la.. Ni saja bercuti gedik-gedik jer. Nak hilangkan penat kerja seminggu.
Kisah percutian ni sedih sikit at the beginning. I did booking resort actually before go there. Unfortunately bila sampai situ, ade ke patut supervisor resort tu cakap all room was full. Jadah ape la yang aku email tu buat reservation. Aduhaiii, sadis betul the way you manage the resort la kakak. But its ok la. I tak ade la marah sangat pun. Sampai Cherating tu pun dah around pukul 8 malam. Banyak sangat buat pit stop. Kalau dari bandar Kuantan to Cherating,it just take 30 minutes only. So we decided untuk cari je mana-mana hotel atau chalet yang kosong. Memang minggu ni mostly cherating full. Ramai betul orang.
Dengan teknologi canggih sekarang, aku mulakan pencarian aku. Type cherating hotel and resort, then keluar la segedabak list-list resort. Tak banyak yang menarik perhatian, cuma yang paling interested at that time, was Residence Inn. Aku tahu dalam google dah tulis no more room available, tapi saje je kitaorang gatal jugak nak pi tanya. Kot2 ade yang cancel reservation last minute. So pergi tanya kat receptionist, and so lucky la ade bilik kosong. Tu pun esklusif punye. Haaaa, exclusive room in Residence Inn Cherating was RM 350.00. Tapi malam tu ade promotion then dia boleh bagi special price RM300 je. Sempat lagi dorang promote kalau tak mau bilik exclusive, boleh ambik chalet dorang with price RM190 only. What makes us think twice nak stay situ, since not beach view lorr situ.
Then pusing lagi around beach, ternampak la Tanjung Inn. First impression memang macam scary jugakla. Ape tak nye bapak gelap wehh laluan ke bilik bilik. Memang tak la kalau jalan sorang sorang. Hari pun malam, memang tak nampak sangat la rupa luar bilik bilik tu. Tapi service dorang memang bagus. Boleh tengok-tengok dulu bilik then baru decide. So die bawak kami tengok 2 type of room la. And suprisingly bila masuk jer, memang cantik la bilik dia. Ala-ala tempat yang haris kurung izzah dalam cerita Ombak Rindu tu. Rumah kayu yang cantik. Ade aircond, ade kipas. Tandas cantik, besar, selesa. Katil besar. Ade balkoni. Buka2 nampak tasik. Memang cantik. Terus aku lupa pasal nak stay Residence Inn tu. Harga affordable sangat la uolls. Boleh bawak satu family, satu kelas pun boleh gathering kat situ. Then malas nak fikir panjang, ketiak pun dah berpeluh meleleh. Aku just check in je la situ. Then pagi2 bute aku tangkap gambar nak tunjuk kat uolls betapa tenang, aman damai kat sini. Haaa. Tak lupa ea, kat sini free breakfast hokay. Western lagi. Yelah, wife yang jaga resort ni mat salleh. Kelass kelass
My room

Thursday 30 January 2014

Perkahwinan - Antara ketakutan dan keraguan

Assalamualaikum. Dunia terasa indah since its Chinese new year babe. Cuti lorrr. So hari yang tenang, without thinking of work moh la kita update belog. Its 2014 already. What I've been through in 2013, banyak mengajar aku erti kehidupan. Bersyukur ke hadrat Illahi masih memberi aku kehidupan dan peluang untuk terus memperbaiki kehidupan. I did read post from my friend yesterday. And its quit interesting. So aku nak share la kat belog aku ni. Siape ada masalah penyakit ragu Dan takut untuk kawin boleh la baca ni. Bukan kata orang lain, aku sendiri pun ade masalah tu. So kita sama-sama positifkan diri kita lepas ni. Apabila bercakap soal kahwin, its not a simple things la. When you start to decide then masa tu la datang pelbagai cubaan, dugaan yang kadang kala membuat hatimu berbelah bagi. Sedikit keyakinan for those yang dalam dilema.

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26) Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32) Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”. Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga. Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160) Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60) Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain. Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar. Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad). Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35). Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153) Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6) Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7) Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214) Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah? Jodoh ditangan Tuhan . Kita hanya merancang. Istikharahlah.