rda

Tuesday 28 October 2014

Kisah Seorang Wanita

Kalau ada yang bertanya siapa jejaka pilihan, sudah pasti sehingga kini masih berselindung. Jika dulu zaman muda mudi bercinta semuanya mahu dihebohkan. Segala gambar di "post" ke laman sosial. Segala kisah cinta dicanang seperti sebuah kisah percintaan selebriti. Apa sahaja luahan hati diluahkan untuk pengetahuan ramai. Sehinggakan semakin lama semakin meluat orang yang membacanya. Kisah percintaan zaman muda mudi. Hmmm. Seperti mahu mengeluh seketika. Sejenak terfikir, aku juga begitu suatu ketika dulu. Aku juga dikalangan orang yang "annoying". Macam kau sorang aje ade boyfriend. Kannn. Kalau uolls pun macam tu, kita boleh geng la. Hehe.

Itu semua kenangan indah untuk dikenang sebenarnya. Percintaan zaman sekolah yang membawa ke zaman universiti dan akhirnya putus di tengah jalan. Sekarang baru tersedar, hikmahnya sangat besar. Tuhan akan gantikan dengan yang lebih elok, yang mampu memimpin kita ke syurga. Dari kisah percintaan itu, saya banyak belajar tentang kehidupan, impian, cita-cita, harapan. Melihat remaja yang baru bercinta, saya cukup memahami perasaan mereka. Tapi adik-adik, ingatlah kejarlah impianmu dahulu. Tak rugi pun sama-sama mengejar cita-cita dahulu. Percayalah kamu tak kan menyesal.

Saya pernah bercinta selama 7 tahun. Satu jangka masa yang lama. Fuhhhh. Gilerrr haperr buang masa 7 tahun. Kalau nak cerita suka duka, kisah cinta aku ni, sebulan pun tak habis. Boleh buat novel dah. Tapi tu semua kenangan yang masih aku simpan. Sehingga sekarang pun masih ade yang bertanya. Alang-alang tulis entry ni, saya dengan ini ingin menegaskan SAYA BUKAN LAGI TEMAN WANITA LELAKI TERSEBUT. Hahhh. Jangan sesekali kaitkan lagi. Kecik hati pasangan die nanti. Its a normal process actually. You know world, you know the challenge you have to face in this world. Saya nak nasihatkan adik-adik, bercinta tu tak salah. Tapi biarlah lelaki itu seseorang yang menyimpan niat untuk memperisterikan awak. Dari niat tu kita tahu dia membawa kita ke arah kebaikan atau sebaliknya. If not, you better angkat kaki lorrr. Saya bercakap dari kisah hidup saya. Kisah hidup kita mungkin berbeza. Tapi mungkin matlamat kita sama.

Menginjak usia 25 tahun, apa lagi yang masih belum kau capai??? Masih banyak sebenarnya. Saya masih ada impian yang ingin saya capai. Penghijrahan diri sendiri itu paling utama. Nak cari yang soleh, kena solehah dulu. Im always trying to be good person. Kerjaya. Yups. Masih baru mahu membina kerjaya. Family. Masih banyak budi yang belum terbalas untuk kedua orang tuaku. Calon suami??? Insyaallah bila sampai masanya. Tuhan masih memberi saya masa sebenarnya. Ini entry pembuka bicara sahaja. Next entry saya akan kongsi macam mana saya tergerak hati menerima seorang lelaki yang saya rasa dialah syurga saya nanti. Ok lah uolls. Penat menaip da. Just enjoy your life.

No comments:

Post a Comment